KUALA NERUS: Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski bagi memperkuatkan jentera tengah pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Bagaimanapun, Steinbruckner mengesahkan skuad Penyu akan menerima kehadiran dua pemain import yang dijangka tiba pada Mac ini, namun enggan mendedahkan kedua-dua nama pemain import baharu itu.
Menurut Steinbruckner, Ponstonjski merupakan pilihan utama untuk mengemudi bahagian tengah namun hasrat mendapatkan khidmat pemain itu tidak dapat direalisasikan atas sebab tertentu.
"Kita perlukan dua pemain import. Saya tidak akan dedahkan nama mereka terlebih dahulu. Saya belum pasti bila mereka akan menyertai pasukan tapi saya jangkakan minggu pertama Mac.
"Saya tahu peminat menyebut nama Igor Ponstonjski...tapi beliau tidakan akan bersama kita," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Steinbruckner berkata latihan skuad bimbingannya itu berjalan lancar dan mereka akan mengharungi beberapa perlawanan pramusim pada hujung Mac ini.
"Semuanya dalam keadaan baik. Pemain bekerjasama juga bekerjasama dengan baik. Kita akan ke Kuala Lumpur untuk beberapa perlawanan persahabatan pada hujung Mac nanti, selain akan berdepan Kelantan dan Pahang," katanya.
Terdahulu, TFC mengumumkan dua import baharu iaitu Ismaheel Akinade (Nigeria) dan Matthew Steenvordeen (Belanda) bagi mengharungi Liga-M musim 2024/2025 yang akan membuka tirai pertengahan Mei depan.
Tiga import dikekalkan dari musim 2022 ialah Ivan Mamut, Argzim Redzovic dan pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Steinbruckner mengesahkan skuad Penyu akan menerima kehadiran dua pemain import yang dijangka tiba pada Mac ini. - Gambar fail/Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.